Tuesday 31 January 2012

Untuk Peringatan bagaimana nak Handle SusuIbu

AMARAN PENTING

JANGAN Cairkan frozen EBM/SI pada suhu bilik.
JANGAN gunakan microwave untuk cairkan frozen EBM/SI
JANGAN gunakan air yang terlalu panas
JANGAN sekali-kali masak frozen EBM/SI di atas api

Semua ini akan memusnahkan KHASIAT & NUTRIEN didalam SUSUIBU.

JANGAN bekukan semula susu yang sudah dicairkan.
JANGAN simpan semula susu yang telah dipanaskan.

Ini menyebabkan SUSUIBU akan rosak

JANGAN goncang EBM/SI dengan kuat didalam botol atau bekas penyimpanan EBM/SI ini akan membunuh sel-sel hidup didalam susu itu.Sebolehnya goncang dengan kadar yang pelahan atau lembut.

TIPS

  • Sebolehnya berikan anak/bayi minum dalam tempoh 2-3 jam atau apabila anak/bayi itu lapar.
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi anak/bayi minum.
  • BURPKAN atau SENDAWAKAN anak/bayi sesudah minum
  • Sebolehnya mengeringkan anak/bayi selepas minum (ini kerana sekiranya anak/bayi muntah, muntah atau cecair tidak masuk semula kedalam mulut baik) untuk keselamatan daripada tersedak susu.
PERINGATAN

  • Susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam.(Sekiranya susu yang dipanaskan tadi tidak habis susu itu hendaklah dibuang.)Untuk mengelakkan pembaziran, bagi anak/bayi yang baru lahir dalam tempoh 1 bulan 2oz - 3oz.Dan untuk 2 - 3 bulan 3oz - 5oz dan seterusnya ikut keperluan anak/bayi anda.
  • Frozen EBM/SI yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24jam sahaja.
INFO

  • EBM/SI - Expressed Breast Milk / Susu Ibu (Perahan Susu Ibu)
  • Frozen EBM - Susu Ibu yang diperah dan disimpan dibahagian beku
  • Fresh EBM - Susu yang baru diperah
  • Chilled EBM - Susu yang diperah, kemudian di sejukkan dibahagian bawah (freezer),
    - Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan. 1 lapisan lemak dan 1 lapisan air.Ia bukannya susu yang basi so ibu-ibu jangan buang pula.


Breast Pump yang eka gunakan

Nak berkongsi untuk ibu-ibu yang selalu pening nak beli Breast Pump.Bagi eka suka pakai jenama MEDELA ianya serasi sejak anak 1st lagi.Maybe harganya mahal sikit dari breast pump jenama lain.Tapi berbaloi lah sebab penghasilan susu eka sangat meriah.Semua ibu-ibu mesti gembira kalau hasil susu yang diperah melimpah ruah untuk anak tersayang.Walaupun sekarang ramai ibu-ibu diluar sana bekerja dan tak dapat nak DF baby so cari lain nak bagi susuibu untuk anak kena lah perah kat opis.


Breast pump nie berjasa masa dalam pantang







Monday 30 January 2012

My Journey About BreastFeeding

Pengalaman yang sangat mencabar dan berazam untuk menyusukan anak dengan SUSUIBU yang nak dikongsikan bersama-sama kawan2 dan ibu2 diluar sana.Syukur kehadrat Ilahi dikurniakan Suami,Mak,Ayah,Mak Mertua,Ayah Mertua,Adik-beradik,Babysitter dan kawan2 yang menyokong saya untuk menyusukan 2 orang anak saya.Dengan berkat dan sokong mereka semangat untuk menyusukan anak dgn susuibu (SI) yang banyak kebaikannya dari susu formula atau susu lembu.Pengalaman anak pertama menyusukan dia sampai setahun 2 bln tu pun terpaksa campur dgn fomula Milk berasaskan SOYA (isomil) sbb masa tu ilmu tentang susuibu nie banyak yang tak tahu.Alhamdulillah dapat jugak Fully Breastfeeding (BF) sampai 6 bulan.Bagi susu soya sebab rasa berbaloi dari bagi susu fomula lain.Hajat dihati memang nak susukan Dania sampai 2 tahun..tapi dia tak nak hisap direct/terus dari Mama nyer..So terpaksa lah perah..banyak jugak stok untuk Dania.Lama2 kurang sbb rasanya kalau dia hisap direct dari mama dia mesti penghasilan susu tak merudum.

Stok Susu AiRin DaLia AviaNNa

Alhamdulillah pengalaman pertama membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyusukan anak ke-2.Dalia kena Admit sebab Penyakit Kuning.Tapi Hajat memang nak menyusukan Dalia dgn SUSUIBU tidak penah luntur.Hari ketiga Mama balik rumah Dalia kena tinggal kat hospital.Balik rumah breast bengkak cari PAM Medela yang lama tapi ada part yang tak jumpa Demam Tetek le malam tu.Husband kesian sanggup keluar dgn anak pertama pergi Mom's Care beli Breast Pump baru.Husband belikan jenama MEDELA juga tapi jenis HARMONY.Lepas pam still rasa demam tak hilang.Sakit kat Breast tak surut, suruh husband pergi kedai beli KUBIS BULAT untuk letak kat breast.Makan 2 biji Panadol sambil letak kubis kat breast baru lah rasa demam tu kebah.

Hasil pam Husband bawa gie hospital untuk Dalia.Alhamdulillah semakin kerap pam semakin banyak susu untuk bagi stok kat Nursery untuk Dalia minum.Hari ke-6 Dalia dah boleh keluar hospital.Balik rumah still perah untuk dalia, cuba jugak direct breastfeed (DF) tapi still sama macam Dania dulu.Tapi kali nie paksa jugak Dalia direct breastfeed, cuba punya cuba dengan penuh kesabaran dan fikiran memikirkan mesti boleh akhirnya berjaya jugak Dalia direct breastfeed.Syukur tidak terhingga sampai nak mengalir air mata kalau ler time Dania dulu paksa macam Dalia mesti Dania boleh hisap susuibu sampai 2 tahun.

Hasil perahan di Ofis
Semenjak Dalia dah boleh DF memang terus je DF bila Dalia nak menyusu.Biasa lah anak perempuan tak menyusu sangat.Breast still bengkak walaupun Dalia dah hisap.So kena lah Mama perah.Dalam pantang memang rajin perah.Rezeki Dalia bertambah2 dari hari ke hari.Memang ada stok Dalia bila Mama nak start keje.Sampai Deep Freezer penuh.Bukan 1 nie 2 Deep Freezer penuh.Tu pun 3 Freezer biasa pun ada susu 1 tumpang kat rumah babysitter,1 kat rumah mak & 1 kat rumah sendiri.

Dalam pantang banyak petua orang-orang tua cakap tak boleh minum air banyak lah..itu lah..ini lah..Dalam pantang memang rasa haus sangat.Saya memang minun air masak banyak sangat.Kalau kita fikir secara logik kalau tak minum air macam mana nak menghasilkan susu yang banyak.Petua minum air banyak nie memang saya tak ikut.Alhamdulillah Mak saya pun galakkan saya minum banyak air.Dalam pantang je saya banyak menghasilkan susuibu yang banyak dan berkat rajin perah, sabar, fikiran selalu fikir susu ada..Alhamdulillah memang susu saya banyak sangat.Masa pantang masuk bulan puasa pulak.Takut jugak effect kekurangan susu dan fikir banyak hari nak ganti puasa nanti.Tapi alhamdulillah saya dapat berpuasa pada hari ke-6 bulan ramadan.Penghasilan susu sama banyak sama jugak walaupun puasa.Tapi mesti bangun sahur dan minum air masak sebanyak mungkin.

Friday 27 January 2012

My Two Little Princess

~AiRis DaNia IvaNNa & AiRin DaLia AviaNNa~

Nie puteri-puteri saya.. Dania skg dah 4 tahun.. Dalia nak masuk 7 bulan..Alhamdulillah dua-dua anak saya 6 bulan Fully Breastfeeding.Dania dapat minum susu ibu sampai 1 tahun 2 bln saja.Masa tu ilmu tentang breastfeeding nie tak berapa pandai.start 9 bulan dah campur FM - susu berasaskan soya (isomil & isomil plus).Kenapa soya sbb saya rasa sayang sgt nak bagi susu lembu.so saya berkeras nak bagi susu soya sampai ler skg...dania pulak tak nak hisap terus dari mama nyer.. so mama nyer perah sampai 1tahun 2 bln jer..rasa nyer kalau dania hisap terus dari mama nyer..mesti susu meriah cam adik nyer.Ader sekali gie cari pamper anak kat ManjaKu..ader promoter bagi susu Anmum FREE kat saya..saya tak nak mula2 sbb dah ckp kat promoter tu anak minum susu soya.tapi bila tgk muka promoter tu cam kesian lak...so amik jer lah..bkn kena bayar pun..dania pun ckp mama nie susu dania ker..mama cuma leh ckp ermmmmm... sampai umah dania nak cuba lak susu Anmum yg free tu..mama dah ckp dania tak kan minum..tapi dia nak jugak...so my husband tlg buat kan susu tu..Dania cam excited nak minum susu tu..last2..datang kat mama dia..Dania ckp "Mama tak SEDAP lah mama".. nasib husband saya buat sikit jer..so saya pun buang je kat sinki...buatkan susu isomil plus(susu soya) abis dia minum...
Bila mengandungkan anak kedua nie mmg fikiran dan target nak fully breastfeeding sampai 2 tahun..alhamdulillah setakat nie mmg tak campur dgn ape2 susu formula.Dalia masa lahir kena jaundice (sakit kuning) doktor cakap darah mama dgn baby tak sama..makna nyer darah Dalia ikut my husbang.so 6 hari admit kat hospital..alhamdulillah susu saya banyak dan saya pun rajin perah..perah bagi kat nursery utk stock dalia kat hospital.Lepas baby balik hospital cam kekok sikit nak DF baby..perah bagi minum dalam botol..tapi tak nak perkara sama berulang cam kakak nyer.. so paksa diri dan baby hisap terus dari mama nyer..alhamdulillah berjaya jugak..skg nie kalau nak jalan mmg tak payah bawak ape2 utk adik nyer..susu nyer sentiasa ader kat mama dia..tak pening kepala nak sedia kan barang2 utk adik.Saya pun suka menyusukan anak-anak saya dgn susu badan..banyak kebaikannye..anak-anak susah nak sakit..antibody diorg kuat..
Dania nie mmg rapat dgn Papa nyer...dgn Mama dia ader2 masa baru ler nak mama nyer..Mmg anak PAPA ler.Dalia lak..dah breastfeed.. so mmg anak MAMA ler..pantang mama hilang nangis cam kena pukul..papa dukung kejap pun nangis..mama masak papa dukung dalia sambil tgk mama masak kat dapur..Dania mula lah kalau papa dukung adik nyer jelous ler..kadang2 pening kepala..macam2 ragam anak2 saya..tapi saya bahagia dgn family saya.Nie lah permata hati saya AiRis DaNia IvaNNa & AiRin DaLia AviaNNa.

My Family

~Nie my family...always love u all~ 

Gambar raya nie i baru abis pantang.. my friend daing rimah ajak semua BFF bergambar kat studio dia... so yg maner ader family semua ler dtg..ader jugak BFF  yg tak dapat dtg..so sempat jugak ler kita org berposing2 with BFF yg dtg..


 With BFF 
~Nie je BFF yg ader utk bergambar~

Thursday 26 January 2012

Me

My family and friend's call me EkA.. i duduk Ampang dari kecik lagi maksud nyer dari lahir le..hehehe...lahir 9 July 1981..i anak ketiga dari 4 orang adik beradik..i only girl dlm adik beradik i.keje kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital bahagian Finance since April 2002 so dah tahun 2012 nie dah 10 tahun keje kat situ.I sekolah rendah kat Sekolah Lembah Jaya.sekolah menengah Sekolah Taman Kosas lepas tu form 4 i masuk asrama kat Shah Alam..Sekolah Projek Seksyen 11.Dah berkawin pada 07/07/2007 dgn Johanis Iskandar dan dikurniakan 2 puteri yg sangat comel. 1st Daughter name AiRiS DaNia iVaNNa lahir pada 09/09/2008 and 2nd Daughter name AiRiN DaLia AviaNNa lahir pada 30/06/2011.

~me~