Tuesday 31 January 2012

Untuk Peringatan bagaimana nak Handle SusuIbu

AMARAN PENTING

JANGAN Cairkan frozen EBM/SI pada suhu bilik.
JANGAN gunakan microwave untuk cairkan frozen EBM/SI
JANGAN gunakan air yang terlalu panas
JANGAN sekali-kali masak frozen EBM/SI di atas api

Semua ini akan memusnahkan KHASIAT & NUTRIEN didalam SUSUIBU.

JANGAN bekukan semula susu yang sudah dicairkan.
JANGAN simpan semula susu yang telah dipanaskan.

Ini menyebabkan SUSUIBU akan rosak

JANGAN goncang EBM/SI dengan kuat didalam botol atau bekas penyimpanan EBM/SI ini akan membunuh sel-sel hidup didalam susu itu.Sebolehnya goncang dengan kadar yang pelahan atau lembut.

TIPS

  • Sebolehnya berikan anak/bayi minum dalam tempoh 2-3 jam atau apabila anak/bayi itu lapar.
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi anak/bayi minum.
  • BURPKAN atau SENDAWAKAN anak/bayi sesudah minum
  • Sebolehnya mengeringkan anak/bayi selepas minum (ini kerana sekiranya anak/bayi muntah, muntah atau cecair tidak masuk semula kedalam mulut baik) untuk keselamatan daripada tersedak susu.
PERINGATAN

  • Susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam.(Sekiranya susu yang dipanaskan tadi tidak habis susu itu hendaklah dibuang.)Untuk mengelakkan pembaziran, bagi anak/bayi yang baru lahir dalam tempoh 1 bulan 2oz - 3oz.Dan untuk 2 - 3 bulan 3oz - 5oz dan seterusnya ikut keperluan anak/bayi anda.
  • Frozen EBM/SI yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24jam sahaja.
INFO

  • EBM/SI - Expressed Breast Milk / Susu Ibu (Perahan Susu Ibu)
  • Frozen EBM - Susu Ibu yang diperah dan disimpan dibahagian beku
  • Fresh EBM - Susu yang baru diperah
  • Chilled EBM - Susu yang diperah, kemudian di sejukkan dibahagian bawah (freezer),
    - Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan. 1 lapisan lemak dan 1 lapisan air.Ia bukannya susu yang basi so ibu-ibu jangan buang pula.


No comments:

Post a Comment