Wednesday 26 December 2012

Jalan-jalan Cari Makan di IKEA

Saje nak cerita pasal gie ikea bkn gie shopping barang2 rumah tapi gie shopping makanan kat ikea... Sebenarnye jarang gie sana sbb husband tak suka sebab jalan jam nak masuk kat kawasan mutiara damansara tu.Pujuk punya pujuk husband kata ok...so hati memang berbunga-bunga ler...hehehehe..Sekarang pun dah ada highway Duke utk ker Damansara so senang ler nak gie lagi sekarang nie.Masa pulak kadang-kadang tak mengizin kan utk pergi sana tu yang jarang nak pergi sana.So dah dapat gie sana mmg shopping makan ler kat food court ikea tu.Anak-anak pun seronok dapat jalan kat sana...macam-macam boleh cari jugak barang yang takde jual kat KL nie.Masa beratur nak amik makanan tu mmg panjang jugak ler..biasa ler ikea sentiasa penuh dgn org-org yg suka shopping dan mkn kat sana kan.Anak yang sulung mmg sgt excited beratur dgn troli makanan.Papa nyer kena jaga adik dan cari tempat utk makan.Adik macam biasa ler bila lama tak nampak muka mama nyer dah tak leh duduk diam ler..papa nye jadi tak tentu arah ler..anak mama ler kata kan..so xleh buat apa-apa ler.Kena lah papa nyer layan sampai mama nye datang.Kakak kalu benda baru lak tak nak ikut papa.Mama jugak lah dia nak ikut.So ada sikit gambar-gambar masa makan kat ikea.












Tuesday 18 December 2012

Asam Laksa

Hari nie nak bagi resepi Asam Laksa.Resepi nie dari my mom yang sekarang duduk kat kampung jaga nenek eka yang dah uzur.Nenek memang tak nak orang lain jaga selain mak.So nak tak nak mak kena berkorban jauh dari kami adik beradik kat Kuala Lumpur nie.Kadang-kadang rindu nak makan masakan mak...rindu sangat2.. so nak resepi call jer mak yang kat Jasin Melaka.Selalunya sekali cuba resepi mak nie alhamdulillah me
njadi.Sape2 nak cuba boleh ler.

Bahan-Bahan

Untuk Kuah Laksa
Bawang putih 4 ulas
Bawang Merah 3 biji (Besar)
Halia (sebesar 2 inci)
Lengkuas (sebesar 1 inci)
Cili kering yang di blender (10 tangkai)
Belacan 1 sudu makan
#blender semua bahan-bahan diatas
4 ekor ikan sardin/kembung (direbus)
Air rebusan ikan guna untuk blender tulang ikan(blender sampai tulang hancur)
Asingkan isi ikan dengan tulang (isi ikan dihancurkan)
Asam Jawa 3 cubit (anggaran 3 sudu mkn)
4 cawan air (untuk asam jawa)
Asam Keping
2 Batang Bunga Kantan
Daun Kesom (ikut suka masing)
2 Batang Serai (diketuk)
Garam (secukup rasa)
Ajinamoto (sikit)

Bahan-Bahan Lain untuk di makan dgn laksa
Mee laksa
Timun dipotong halus
Salad dipotong kecil
Cili Merah dipotong kecil
Bawang Merah dihiris halus
Telur Rebus
Limau Kasturi (kalau nak tambah masam masa makan)

Cara-Cara
Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi dlam periuk.Kemudian masukkan air rebusan tulang ikan yang diblender tadi (tapis) dan masuk isi ikan yang dihancurkan tadi.Masuk air asam jawa dan serai yang diketuk tadi.Kemudian masukan asam keping,serai,daun kesom dan bunga kantan.Biarkan bahan-bahan tadi masak.Bila kuah sudah masak masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.
Siap untuk dihidang dengan timun,salad,cili,bawang merah,telur rebus han limau kasturi.

Selamat mencuba..


     



.

Saturday 15 December 2012

Resepi Pegedil atau Begedil daging

Saja nak kongsi resepi nie... 1st time buat xikut resepi mane2 pun..ikut rasa je...alhamdulillah jadi..husband pun suka sgt2.. so sape2 nak cuba cara eka blh ikut resepi eka nie..selamat mencuba semua.

Bahan-bahan

Daging ikut suka nak byk mane (eka kisar sendiri tapi kalau nak beli yg dah siap pun boleh jgk)
4 biji kentang (dipotong Dadu)
1 bawang merah (besar)
Daun Sup
Daun Bawang
Garam
Serbuk Lada Hitam
2 biji telur
Minyak masak


Cara-cara

Rebus daging yg sudah dikisar dgn sedikit garam.Kemudian Rebus kentang dalam periuk yg lain dgn sedikit garam jugak.Biarkan daging dan kentang empuk.Potong bawang merah, daun sup dan daun bawang kecil2.Lenyek kentang yg sudah empuk tadi.(Jangan Buang air rebusan kentang tadi)Masuk kan bawang merah daun sup dan daun bawang kedalam rebusan air kentang tadi.Biarkan seketika sehingga bahan2 tadi layu.Kemudian tos kan bahan2 tadi.Masukkan kedalam kentang bahan2 yg di tos tadi.Tos Daging yg direbus tadi.Kemudian masukkan daging kedalam kentang dgn bahan2 yg lain.Masuk sedikit garam dan serbuk lada hitam.Gaul semua bahan2 tadi sehingga serata.Kemudian boleh bentukkan pegedil@begedil tadi.Pukul telur utk kulit pegedil@begedil.Panaskan minyak masak.Pegedil@begedil yg dibentuk tadi celup didalam telur yg dipukul tadi dan terus masuk dalam minyak yg dipanaskan tadi.Goreng kedua-dua bahagian pegedil@begedil tadi.Angkat Pegedil@begedil tadi bila sudah masak.Sedia dihidang.















Tuesday 4 December 2012

Anak-anak Susuan saya

Alhamdulillah syukur kepada yg maha esa atas rezeki susu yg banyak dan boleh dikongsi oleh Airin Dalia Avianna dgn adik beradik susuan.Berkat rajin perah susu masa dalam pantang lagi mmg mendatangkan hasil yg sangat luar biasa sehingga boleh dikongsi dgn 3 orang anak susuan lain.Anak susuan pertama saya dari keluarga sebelah husband.Anak ketiga abg ipar saya abg sulung husband saya.Kira anak buah husband saya.Nama baby girl yg bertuah dpt kongsi susu dgn Dalia (sepupu Dalia) Nur Qasrina Umairah lahir bulan ogos 2011 sama tahun dgn Dalia.Anak susuan kedua saya cucu kepada baby sitter saya.Baby Boy kali nie Namanya Addin Zahran.Addin membesar dgn Kak Dalia.Jarak antara Dalia dgn Addin lebih kurang 6 bulan.Addin lahir bulan januari 2012.Anak susuan yg ketiga baby boy lagi.Yg ni memang tak kenal langsung sebelum ni dgn mommy dia.Kenal dalam Facebook Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) satu group yg mana ibu-ibu boleh berkongsi cerita tentang penyusuan baby dari baru lahir dan seterusnya.Nama baby ni Umar Aariz lahir sama tahun dgn Addin.So diorg nie mmg adik beradik susuan Dalia.Alhamdulillah Dalia mmg tak minum susu lain sehingga sekarang hanya susu ibu dan dah nak masuk 1tahun 5bulan.Insha Allah kalau ada rezeki nak susukan Dalia sehingga 2tahun.Dalam Al Quran pun ada menyebut tentang penyusuan sehingga 2 tahun.So bawah nie gambar-gambar anak susuan saya.




Resepi Cekodok Tauhu

Ramai kawan2 kat FB saya yang nak tahu sgt resepi cekodok tauhu nie.My husband mmg suka sgt2...selalu request cekodok tauhu nie...sampai dia ckp rasa mcm xcukup lah bila saya masak 2 ketul tauhu jer... So saya nak kongsi resepi cekodok tauhu saya.Malas nak tulis byk kali setiap kali diorg mintak...






Bahan-bahan
4 ketul tauhu putih
20 - 25 ekor udang (nak lebih pun boleh)
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
daun sup (Dicincang halus)
daun bawang (Dicincang halus)
Minyak masak (utk goreng)


cara-cara
Buang semua kulit Udang tadi kemudian cincang isi-isi udang hingga hancur (nak blend pun blh ikut suka eka suka cincang jer sebab tak nak hancur sgt)
Hancurkan semua tauhu tadi
Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam bekas.(telur,tepung,garam,lada hitam,daun sup,daun bawang,tauhu dan udang yg dihancurkan)
Panaskan minyak.Bila minyak dah panas sedia utk digoreng



Selamat mencuba semua.


Tuesday 7 February 2012

Jangka Hayat SusuIbu didalam Freezer dan Deep Freezer

Untuk Fridge/Freezer

1 Pintu - Bahagian Beku = 2 Minggu
2 Pintu - Bahagian Beku = 3 Bulan
Bahagian Bawah (bukan beku) = 3 - 5 Hari

Untuk Deep Freezer

Deep Freezer = 6 Bulan
Jika Tempat Beku menpunyai suhu sehingga 1 Darjah celcius Susu boleh tahan sehingga 1 Tahun.

Tuesday 31 January 2012

Untuk Peringatan bagaimana nak Handle SusuIbu

AMARAN PENTING

JANGAN Cairkan frozen EBM/SI pada suhu bilik.
JANGAN gunakan microwave untuk cairkan frozen EBM/SI
JANGAN gunakan air yang terlalu panas
JANGAN sekali-kali masak frozen EBM/SI di atas api

Semua ini akan memusnahkan KHASIAT & NUTRIEN didalam SUSUIBU.

JANGAN bekukan semula susu yang sudah dicairkan.
JANGAN simpan semula susu yang telah dipanaskan.

Ini menyebabkan SUSUIBU akan rosak

JANGAN goncang EBM/SI dengan kuat didalam botol atau bekas penyimpanan EBM/SI ini akan membunuh sel-sel hidup didalam susu itu.Sebolehnya goncang dengan kadar yang pelahan atau lembut.

TIPS

  • Sebolehnya berikan anak/bayi minum dalam tempoh 2-3 jam atau apabila anak/bayi itu lapar.
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi anak/bayi minum.
  • BURPKAN atau SENDAWAKAN anak/bayi sesudah minum
  • Sebolehnya mengeringkan anak/bayi selepas minum (ini kerana sekiranya anak/bayi muntah, muntah atau cecair tidak masuk semula kedalam mulut baik) untuk keselamatan daripada tersedak susu.
PERINGATAN

  • Susu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam.(Sekiranya susu yang dipanaskan tadi tidak habis susu itu hendaklah dibuang.)Untuk mengelakkan pembaziran, bagi anak/bayi yang baru lahir dalam tempoh 1 bulan 2oz - 3oz.Dan untuk 2 - 3 bulan 3oz - 5oz dan seterusnya ikut keperluan anak/bayi anda.
  • Frozen EBM/SI yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24jam sahaja.
INFO

  • EBM/SI - Expressed Breast Milk / Susu Ibu (Perahan Susu Ibu)
  • Frozen EBM - Susu Ibu yang diperah dan disimpan dibahagian beku
  • Fresh EBM - Susu yang baru diperah
  • Chilled EBM - Susu yang diperah, kemudian di sejukkan dibahagian bawah (freezer),
    - Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan. 1 lapisan lemak dan 1 lapisan air.Ia bukannya susu yang basi so ibu-ibu jangan buang pula.